star point

Feb 15, 2012

bila dihargaii, teruja kannn..

          Salam semua, sebenarnya cerita lama je ponn aku nak kecoh2 nii.. Last friday, keluar brunch dengan si S.A sebab dia still ada dekat gombak dan disebabkan dia dah tak sabar-sabar nak present dari Langkawi untuk dia. Cett, tu je faktor dia nak jumpa2 sebenarnya kan?..haha..tak kesah laa janji keluar tu sonok2 je ponn.. dann next day nya tu keluar dengan akak S.A sebab teman akak S.A beli barang butik, tiba-tiba dia msg kata akak dia tak cerita apa-apa ke?aku punn cam hurmmm..apakah..nak check fesbukk, hp aku nii canggih sangat laa utk online2 kan. *iskkk3..




nii laa hadiah aku bagii..n dia letakk dekat fesbukk dia..hahahaha..comell S.A niii rupenya..=P

apa-apa punn aku harap dia boleh jaga baik2 laa sand art tuu..aku taw nampak gadisnya aku bila bagi sand art tu tapiii tak kiraa jugakk, S.A jaga elok-elok taw..hee





PSS:// aku ngidam bag nii..tapi price dia 449.. adoiiii, mana nak cekauu nii??


Feb 3, 2012

rinduu sekolahhh ='(

tadii aku pergi sekolah adik sedara aku dekat kuala kangsar sebab dia baru je habis orientasi form 1. opsss, kenapa baru habis orientasi?haaa...sekolah dia unik sikit.orientasi sampai 40hari.start dari 26 dec tahun sudahh..langsung tak boleh contact femly.hammbikk kau,meroyannn laa sorang-sorang dekat sekolah macam tuu..sebenarnya aku dulu pun pernah jugak sekolah situ,tapi lepas 40 hari orientasi, aku berenti terus sebab dapat tawaran sekolah berasrama penuh.hee... bila aku duduk dalam dewan tadi, tiba-tiba je aku rasa sebakk..entahh laa, rasa macam rinnduu sangat-sangat zaman persekolahan dulu.aku tak nafikan laa duduk U ni lagi masyukkk sebab rules dah tak macam sekolah tapii suasana sekolah tu lain kott dari duduk U nii..kalau yang duduk asrama tu lagi laa rasa kemasyuukkkan dia tu sebab kita duduk dengan kawan-kawan sekolah kita kan....

tadi, ada persembahan nasyid dari bebudak form 1 tu taw,sekali diaorang bawa music sama macam dak sekolah aku buat,aku pun cam waaaa...(mata control-control nak nangeshh tapii kena tahann ke'cool' lan aku tu.) sedihh nya aku.aku terus terkenang balik kenangan-kenangan dekat sekolah.memang tak dapat disangkal lagi laa, kehidupan asrama sangat-sangat-sangat-sangat BESTTTT!!! kalau boleh aku nak undur masa balik dan jadikan zaman-zaman sekolah dulu tu penuh kenangan dan menghargai saat-saat bersama kawan macam dulu tu. lepas tu, tadi aku macam terasa aku join sekali diaorang orientasi sebab ada kata-kata dari screen projector tu sangat-sangat menyayat hati.sayuuuu...pasang pulakk lagu ayah ibu tu kan.menusukk kalbu tuii laa..sensitipp benar aku rasa.hahaha..

aku berharap sangat aku dapat pergi sekolah.mungkin aku tak menjadi pelajar terbaik atau produk sekolah yang menjana apa yang dipraktiskan di sekolah tapi aku sangat-sangat menghargai jasa guru-guru dan sekolah yang menjadikan aku manusia dan belajar dekat menara gading. since ambil slip SPM dulu, aku tak pernah dah datang sekolah.sekolah aku tu jauh ke dalam sikit dan kengkawan sekolah yang duduk taiping ada 2 orang je.belajar pulak tak sama cuti.memang aku tak ada peluang langsung nak jejak kaki balik dekat sekolah tu..haizzz,,,, (*____*)

PSS:// esok aku nak pergi langkawi buat kali ke dua dalam tempoh cuti semester ni.(selang 2 minggu je). so ada sape2 nak kirim apa-apa tak?hee...


Jan 31, 2012

sem 1 result~

salam semua...

dah lama kan aku tak berblogging nii..bukan apa, aku kebelakangan nii sibuk sikit laa.selalu tak ada dekat rumah.merata-rata pergi.huhu.nanti-nanti aku upload ehh gambar aku berjalan.tapi satu tempat je yang aku pergi ambil gambar nii..(tak minat dah bergambar sejak chomell2 nii..)

sebenarnya, aku bersyukur sangat-sangat ke hadrat Illahi sebab bagi aku kejayaan yang tak terhingga bagi aku ni.mungkin bagi sesetengah orang yang tengok result aku kata 'alaaa bukan dean's list ponnn..tu punn nak riakk2..' sekarang nii aku bukan nak riak.hebohh-hebooh aku dapat result power.tapi aku nak menghargai diri aku sendiri sebab mampu dapat naikkan cgpa aku. sebab tu perkara yang paling-paling aku impikan tau. dan untuk pengetahuan semua wishlish aku tu akan aku berjaya capai untuk gpa tapi cgpa lagii sikit je nak capai. semoga sem depan aku dapat extra-extra lagii.. (kena ubah wishlist tu sebab nak dapat tinggi lagi since aku nak dapatkan yang terbaik lagii..Aminnn~~)

aku pun tak sangka dapat result macam tu taw.sebab aku kan sakit dan kurang sikit study..last minute punya habit tak mahu nak hilang lagi dari diri aku ni.semoga habit tu mampu di ubah semester depan.hehe

jadi untuk semester depan, aku kena pastikan aku dapat 3.5 pulak laa..walaupun belum capai cgpa 3.3..tapi disebabkan menghampiri, apa salah cabar diri untuk lebih lagi kan?hee... aisya mampu fight kawan-kawan yang pandai-pandai belaka semuanya tu..huhu..


Jan 15, 2012

REVIEW: shampoo.apa yang best pernah aku guna

Rambut adalah mahligai setiap wanita. Apa korang setuju ke dengan statement tu? Bagi aku rambut tu memang laa penting bagi mana-mana perempuan pun sebab kalau tak ada rambut, tak ke burukk benar ghupenya tu. Tapi rambut tu tak ada laa sampai tahap yang nak dibangga-banggakan pulak kan.hurmm..so, hari ini aku nak bagi review sikit laa tentang sejarah syampu yang pernah aku guna semenjak aku masuk umur 18.sebab kalau sebelum-sebelum ni,aku tak pulak ingat aku pernah pakai syampu apa.hahaha..

1. head and shoulder

syampu ni dulu-dulu pakai sebab aku suka pakai yang icy cool punya.sejuk bagai rendam kepala dalam ais..memang aku suka benar laa basuh rambut dulu.haha..tapi sebab dia specialty untuk kelemumur kott kan, so rambut aku nii kering laa..dah laa kembang-kembang je rambut aku time nii..memang boleh ganti mak lampir berlakon dah aku..

2.pantene


haa yang nii aku pakai dulu rasanya ok je rambut aku.kelemumur tak ada laa menyerang.tapi macam aku cakap laa..rambut aku nii degil.tetap tak mau nak lembut jugak..lagi satu,rambut aku banyak gila laa gugur.adoiii, nyaris tak botak je lagi aku nii haa..

3.clairol herbal essence



lepas tu, aku tengok akak aku guna syampu ni macam best je laa kan..akak aku cakap 'guna syampu nii laa..syampu nii guna herbal..bagus nii..kompem ok' dah macam promoter kat watson dah akak aku promote aku kan..aku ponn try laa..sedap memang sedap.wangii je kepala tau..tapi masalah rambut gugur tetap tak dapat di benteras. n kering jugakk rambut aku.pakai serum dia sakali ponn tak ada kesan..time serum baru taruh je lembut  rambut nii..ishh..tak boleh caya laa akak aku nii..sampai pakai 3 jenis tau aku..konon-konon nak memberi harapan lagi laa kan...

4. loreal paris elvive 



first time aku guna syampu nii, aku try yang kuning tu..konon-konon nak amek yang lembutkan rambut laa kan..tapi bila aku pakai tak pulakk lembut-lembut..cisss....dah laa beli yang botol besar tau..nasib ada offer tau. rambut aku gugur banyakk weyyhhh...tak sanggup aku nak sapu lantai tiap-tiap masa...
pastu, aku try laa yang total repair tu..yang nii ok laa aku bagitau korang..kepala aku tak gatai dah tau pakai syampu nii..cuma...rambut aku nak jugak bercerai dengan kulit kepala aku..apa derang nii memang tak boleh geng ke apa..pastu aku lama jugakk laa tak tukar syampu..suka pakai yang nii..cuma gugur tu laaaa tak boleh nak elakk..

5. syampu beli dekat saloon..

yang nii paling tak boleh blah..dia punya promote sebab rambut aku banyak sangat gugur kan..aku punn beli laa..syampu,conditioner ngan serum dengan spray untuk kulit kepala.. dah laa mahal taw..satu set tu seratuss lebih jugakk laa..nii paling-paling kecewa..sebab aku potong rambut,so sepatutnya makin ok laa..ni tidakkk, gugur tetap melanda rambut aku.dan aku tak guna habis pun syampu tu..sebab rambut aku tak sesuai kot.. jenama dia pun aku dah lupa apa..hahaha

lepas tu aku stick balik dekat loreal total repair tu..

6. rejoice


last-last, aku pun try laa syampu murah.sebab ingat rambut aku nii tak suka syampu mahal-mahal kot.hahah
sekali ambikk kauu..kulit kepala aku gataiii dan kelemumur punn serang. kelemumur aku ni jenis nipis dan kalo tengok kat kepala cam tak nampak tau.dia bila garu-garu baru laa pasann..perhhh...nyesal gila aku beli..tapi sebab aku malas nak beli baru,pakai laa sampai abis sem.

7. TRESemme


niii haa yang aku pakai sekarang..baru seminggu pakaii tapi aku sangat-sangat puas hati..masa mula-mula pakai, bapakk laa asal kesat rambut aku nii (baru pakai syampu je time nii) aku pun macam nak nyesal dah laa kan..beli dah laa botol besar sebab stock kat guardian dah habis botol sederhana dia (jenama nii tak ada botol kecik) tapi bila pakai conditioner dia, ehhhh, lembutnya rambut aku laa..hahahaha..rasa punn macam best laa kan..pastu bila kali kedua pakai, aku pasan rambut aku dah kurang tau gugur dia. padahal aku tak pakai pun yang anti-breakage tau..aku pakai yang macam dalam gambar nii haa je..aku pun macam puas hati.. yang paling penting, rambut i lembut u..hahaha..dan tiada kegatalan lagi..( dah macam promoter dah aku nii). tapi serious laa..memang bagus laa brand nii..nanti bila dah habis sebotol tu...aku bagitau lagi ok apa kesan dekat rambut aku nii..mana tau berkilat-kilat cam artis dah kan..hahaha





Jan 13, 2012

friday the 13th

 Nampak tajuk macam bad luck or apa-apa yang tak bagus je kan?ishh, tak baik percaya benda-benda tak betul tu.aku cuma baru dengar satu lagu nii dan aku rasa macam sedap laa pulak kan.dah lama sebenarnya aku cari lagu nii tapi kan macam tak tahu tajuk dia.dengar mula-mula tu pun masa dalam kereta. aku ni dah laa berzaman dah tak dengar radio @ lagu melayu. ehhh, lagu indon nii haa...=p





Jan 12, 2012

giveaway macaronnnn!!!

Hari ini aku bukak laa facebook macam biasa sekali tengok-tengok cikmin buat giveaway laa..aku ni dah laa memang suka sangat-sangat tengok macaron dia buat.sangat-sangat kemas dan cantik tau.so untuk post kali ni aku nak laa jawab semua soalan-soalan yang melayakkan aku menang giveaway dia bagi sebab aku suka sangat-sangat macaron dan bukan senang nak jumpa yang sedap macam nii tau..heee...



1.Kelas Macaron Pertama cikmin bila tarikhnya dan dimana?
TARIKH : 16 January 2011(Ahad)
TEMPAT: Ara Damansara nearby Subang Airport
 (anjuran Rina dari ANGLECUPIDKITCHEN.BLOGSPOT.COM)
2.Pertama Kali buat Macaron selepas menghadiri kelas bila kah tarikhnya?
27 January  2011
3.Pelanggan pertama cikmin bernama siapa?
NORLIDA HISHAM
Pandangan ringkas saya tentang cikmin.com adalah penuh dengan kemesraan penulis dengan warna, corak dan susun atur template yang menarik,mudah difahami dan ringkas, perkongsian yang amat membantu dan jualan macaron yang berbaloi untuk di tempah(sedap sangat macaron cikmin buat). pendek kata, cikmin.com mempunyai 1001 perkara yang menarik minat pembaca untuk terus membaca dan membaca tanpa bosan. 
website cikmin the best!!!




Jan 10, 2012

semester break !!!!

  Akhirnya, penyeksaan menempuhi exam dah selesaiii..perhhh.. indahh dunia nii kejap. Dan hari ini, aku akan balik taiping.Yeahhh!!! dah  lama nii tunggu nak balik rumah nii..nak buat macam-macam cuti nii..tak sabar dahh..semalam pun dah ambil voucher buku rm200.tapi yang aku frustnya aku tak boleh guna kat luar sebab aku nak tamak sangat dapat extra rm30 dari koperasi,aku tak tahu yang aku kena beli semua barang dekat koperasi je.sedihh gila.baru ingat nak beli buku mahal-mahal dekat luar untuk semester depan.haizz...

   btw, thnx for the day SA. =)

Jan 7, 2012

aigooo~

         dari semalam aku ditinggalkan keseorangan di bilik untuk study, tidur,  makan dan sebagainya.owhh malangnya nasibku ini..haha.. semalam aku tersangat laa stress sebab semua soalan dalam paper electronics tu aku tak tahu nak jawab langsung.apakah aku ni yang tak tahu atau soalan dia yang susah atau aku tak pernah ada inisiatif untuk belajar sepanjang aku ambil electronics ni atau aku ada banyak silap dengan lecturer aku sampai aku nak serap ilmu tu payah ataupunnnnnnn arghhhhh.... punya laa banyak alasan aku nak bagi kannnn.. memang nak nangis dah aku malam semalam tak tahu buat electronics nii..nak tanya kawan, dia pula baru nak belajar malam tadi. Hari ni sepatutnya aku pergi belajar dengan kawan tapiiii aku macam takut menganggu pula sebab aku tak boleh nak balas dengan ajar apa yang aku paham since tak ada benda pun yang aku hebat dengan subject nii tauu..takuuutttttttttt makkkkkkk!!!!...

    dengan semalam connection wifi yang suam-suam kuku unta dekat bilik aku tu, semalam aku balik dari bilik kawan terus tengok movie.apa ke faedahnya haa?? tak sedarr diri nak exam laa tu. nii punn tadi aku dah berusaha memahami satu topic dan aku pun nak sangat menghapdate beloggg aku nii haa..(nampak tak ketaksubkan aku dengan blog ni dah?rasa macam lepas semua yang terbuku kat dada jap tau..hee)
sebenarnya aku dapat oonline nii pun sebab aku pergi dekat bilik wan(roomate aku). bapak terus laju loading semua bagaii..memang seronok duduk bilik dia..btw, wannn, tumpang bilikk ye..hehehe

  dah laa, aku nii kang panjang-panjang tulis bukan masuk exam aku pun nak kena tulis karangan luahan hati esokk..aku kena struggle electronics siang nii sebab malam nanti aku kena baca ungs pulakk..memang exam yang paling aku 'teruja' nak jawab laa katakan...huhu

Doakan aku ye mampu menyiapkan semua soalan exam yang lepas-lepas tu siang nii..jadii kira aku boleh laa paham nak jawab macam mana esokk.. (^_____^)

Jan 6, 2012

Bila exam nak habis nii..

    
       Waaa... tak sabar nak habis exammm boleh tak? Hurmm..baru aku terasa penatnya study last minute nii..(padahal tiap semester aku cakap aku nak study awal-awal.semester depan tak nak jadi macam nii lagi..aigoo..bila laa keinsafan yang betul nak datang nii??). Lepas nii aku ada lagi dua paper nak dihabiskan.Lepas tu memang aku nak balik rumah sangat-sangat.Dah lama tak balik rumah tau. =((

   Semalam exam calculus, aku macam frust sikit laa sebab aku boleh lupa macam mana nak buat.padahal aku baru tengok-tengok soalan yang lebih kurang sama masa pagi aku study semalam.Malahan, aku boleh konpius nak guna plus/minus sign dalam formula. Makk aiii, memang terbaik laa aku semalam. Apa pun aku harapkan aku mampu dapat keputusan yang cemerlang. Aku nak capai target aku macam dalam wishlist aku tu.sangat.sangat.sangat. nak naikkan CGPA aku sebab aku nak jadikan diri aku ni mampu belajar dan usaha untuk mencapai kejayaan.---skema sebentar ye--- (^ ^,)

 Jadi aku nak sambung mengadap buku nii haa..Owh buku, berbaik-baiklah anda ye.Saya nak sayang awakk sangat-sangat dalam tempoh sebelum examm nii.. Jadi time exam nanti boleh laa dimanfaatkan sepenuhnya.Mesti terharu kan2?? Jomm laa bagi saya pahamkan awakk ye.. (sambil mengusap-usap lembut dada buku teks + nota)








pss:// barang dah sampai?(nak pergi office laa) hehe..






Jan 4, 2012

calculus 2 kita kwn laa taw2..


ni laa akibat study last minute.siapa suruh manjakan diri time sakit..aigooo~~


Ya Allah, permudahkan lah aku untuk menempuh dugaan ini.Semoga aku mampu menghadapi hari esok.....Aminnn

pss:// korang pun doakan aku tau.aku cuak sangat nii..

Jan 3, 2012

shopping online

im wasting my money againnnn!!!...dah taw tak cukup duit but sanggup pergi klcc semata-mata nak bank in duit beli baju..=p betul-betul tak reti jimat kan aku ni...tak sedar diri nak exam.sempat lagi tu.btw, aku dah contact orang tu nak beli since last week but no respond from her. unfortunately, hari ni aku nampak dia upload barang baru.so aku pun ape lagi msg laa dia tanya boleh order tak.n dia kata boleh.oleh kerana ketamakan aku yang nak barang minggu ni jugak,aku pun pergi laa bank in hari ni jugak..heheh.. terukk betuii..someone need to control my money. tapii kan aku rasa duit aku shot rm50 taw..hurmm...mana ntah pergi nya punn aku tak tahu laa..
tu je cerita aku....(**tak sabar dapat barang aku..nak taw ape bende??tunggu aku dapat barang dlu ok..)
ok laa nak sambung study.. bye2..

*wordless tuesday*


exam dah dekat..kena struggle lebih for success..=)


Jan 1, 2012

nak jumpe tooth fairy!!!

tiba-tiba je aku teringat cerita The Rock berlakon..alaa yang cerita tooth fairy tuu..yang dia mainn hoki n kena jadi fairy sebab tak percaya perkara dongeng tuu...sebabnya kann..aku sekarang nii dah 3 ari demam dek gusi membengkak dan seterusnya dah nampak petanda gigi bongsu aku nak kua..sobb2..
dah laa sekarang nii musim exam..nak study pun tak ada mood tauu sebab gusi nii sakit je memanjang..
tapi perkara utama yang aku nak cakap nii sebenarnya kann...







SEDIIIIHHHHHHHHH!!!!! dahhh takk bolehhh tingggiiiiiii dahhhh laaa..
haizzz..aku baru je nak berazam makan teengrow tu kan sebab nak tambah ketinggian aku yang tak berapa nak tinggi nii kan..sekarang nii dh tumbuh gigi bongsu , maknanya tinggi aku nii takat nii je laa?? aigooo.. frustt mak, nyahh..huhuhu
baru aku tau laa betapa seksa nya bila gigi nak tumbuh nii...macam mana laa baby leh survive nak tunggu semua gigi derang tu tumbuh..aduhaiii...aku yang sebatang nii punn dah payah nak makan taw..(padahal ngap2 jugak macam2..walaupun terpakse telan2 je..HAHA...mana tak gimuukkk..)
apa pun aku harap gigi nii cepat tumbuh dan bengkak kat gigi nii berkurangan..sebab tak tahan dah aku nak demam2..selsema2..dengan sakit tekak nya lagi nii..haha..

.

2012

 Setelah sekian lama aku x mengupdate blog nii kan...hari aku akan mula cemerlangkan diri conteng-conteng dekat sinii balik..Ye laa..hari nii 1/1/2012 dah tau..makna nya umor aku pun dah naik..bila mula tahun baru ni ramai yang mula pasang azam baru laa, niat baru dan macam2 lagi kan. Tapi aku sebenarnya sedih pulakk bila mengenangkan nak ada azam baru.sebab bila aku imbas balik 2011 aku..aku rasakan terlampau banyak kesilapan yang telah aku lakukan. perkara yang dulu nya aku tolak2 elak2 n jeling2 pon tak nak tapii aku sendiri dah buat.. haizzz.....(mengeluh panjang bila aku pikirkan balik apa yang aku buat ni)
 Kadang-kadang kebaikan dalam diri tu ada nak berubah...sebab aku rasakan aku masih belum terlambat nak mengubah apa yang terjadi dekat aku. Allah dah bagi banyak hint supaya aku ni jangan hanyut..tapii bisikan si penduduk neraka jahanam tu jugak laa yang aku ikut kan..haha..*owhh merepek2 dah aku nii kan..

 so hari ni aku tekad sangat2 aku tak nak dah laa buat perkara macam tu lagi..aku nak jadi aku yang dulu.aku sayang diri aku yang dulu dan aku menyesal sangat2 dengan perbuatan aku.macam mana laa aku boleh terjebak dengan perkara macam tu.. betul orang cakap..benda tak baik ni bila kita buat mula2 memang rasa macam nak tapi malu2 tapi lama2 benda tu kita yang sendiri...tapi sekarang aku dah tekad..aku tak nak dah..hurmmmmm..

 Ya Allah, bantu laa hamba-Mu ini kembali ke pangkal jalan.aku tahu aku masih belum kelewatan untuk berubah....(^ ^,)