Masuk je hari ni, dah 20 ramadhan. sekejap je masa berlalu.rasa macam baru lagi mula puasa..itu laa orang kata permulaan puasa tu punya laa rasa macam lambat sangat-sangat lagi nak berbuka, lama lagi nak sebulan dan pelbagai lagi laa alasan yang korang buat kan2??padahal aku dulu pun sama je asyik pegang perut lapar..haha.
Ok2..aku ni sebenarnya nak cerita laa ada apa dengan malam lailatul qadar yang asyik-asyik orang perkatakan dan heboh dekat radio dan TV also internet pasal malam ni kan.. Apa yang aku belajar masa sekolah dulu dan yang aku paham, malam lailatul qadar ni AMAT TERsangat laa menguntungkan umat nabi Muhammad SAW sebabnya pahala dia SUPERBBB laa cakap...Allah sayang hambanya sebab tu laa Dia bagi jalan shortcut nak dapat ganjaran ni. I LOVE YOU ALLAH <3<3
Malam lailatul qadar ni Allah turunkan nikmat pahala sebanyak 1000 bulan beribadat bagi hamba-Nya yang beribadat masa tu. Malah, menurut hadis sahih malam lailatul qadar tu bakal muncul pada 10 malam terakhir ramadhan sebabnya Rasulullah mengandakan amalan yang sering diamalkan pada hari-hari lain dalam bulan puasa ni dalam 10 hari tu.Tambah kannn, scope dia dikecikkan lagi bila malam lailatul qadar tu berlaku pada tarikh-tarikh ganjil. maksud kat sini, malam 21,23,25,27,29 ramadhan tu. Haa, mudah je kan nak cari pahala.Cuma ikut kita je rajin ke tak nak buat.
Waktu lailatul qadar ini, Allah akan panjangkan pahala, mengampuni dosa bagi siapa-siapa yang beribadat. Besides, sebarang permohonan yang kita minta tu insya-Allah akan dimakbulkan oleh Allah jika niat nya suci dan ikhlas. Pada malam ni, kita boleh beribadat macam menunaikan qiamullai tapi digandakan amalan dari yang kita buat selalu dan buat dengan khusyuk. Yakin kita akan beroleh malam tersebut.Jadi, berkat usaha kita tu mungkin melayakkan kita memperoleh lailatul qadar.
Tapi jangan laa time malam-malam ganjil je nak beribadat kann..nampak tak manis laa macam tu. Kita mesti tunjukkan yang perlakuan kita tu ikhlas dalam beribadat. Semoga diri kita berjaya memperolehi malam tersebut.Insya-Allah.. Jadi JOMM beramal!!! (^____^)
No comments:
Post a Comment